SELAMAT DATANG KE LAMAN MEMANCING NEIJI

Tuesday, February 1, 2011

Celoteh Serba Sedikit

INTRO

Sebelum baca blog ne serba sedikit tentang diri aku. Aku asal dari Pahang dan lahir pun kat 
negeri yang ade logo lambang gading gajah tu. Kenapa aku buat blog ne? sebenarnya banyak mende nak share dengan orang yang sekepala dengan aku..iaitu MEMANCING!!!..hehehe...sape kaki pancing??
Orang yang x mengerti jiwa memancing ne susah nak cite. Tapi mungkin lepas baca serba sedikit tentang blog 
ne mungkin anda mungkin ade minat yang nk mencuba aktiviti yang dapat melepaskan tension dalam 
kehidupan seharian.

APA ITU MEMANCING?

Yang dimaksud dengan “mancing” adalah perbuatan menangkap atau cuba menangkap ikan dengan mengunakan peralatan utama berupa joran (rod), penggulung (reel) dan kail (hook) seperti yang telah diatur 
yang kita dapat lihat pada hari ini. Maksud lebih mudah ialah menangkap ikan dengan segala kemahiran tanpa perlu turun ke air. Kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan ini menggunakan "mata kail".

KENAPA ADANYA NAMA "MEMANCING" INI?


Mungkin istilah ini selalu didengari tapi ada apa dengan pancing ini..macam nama lagu je..hehe
Sebenarnya banyak faedah yang dapat daripada aktiviti memancing ini. Seperti contoh jika dapat sekor ikan tu memang seronoklah..tambah2 plak dapat yang beso..memang men tarik tali ngan ikan ini bertambah seronoklah dibuat ye,bak cakap orang Pahang "ralek ngat". 

MACAM MANA AKU BOLEH TERJEBAK?

Ha,yang ne memang susah nak cerita sebab minat ini bukan sejak dari kecik tapi mase aku darjah 5. Camna boleh timbul minat ini? Pada mulanya aku ikutlah sepupu aku tu memancing  di Sungai Semantan, dalam duduk berborak dengan die tetiba joran die kena sentap dengan ikan, daripada aku tengok rase memang dapat ikan besar ne. Memang gelabah masa 2. Agak lama juga sepupu aku 2 bertarung dengan ikan tu. Last2 ikan 2 terpaksa akur dengan kehebatan sepupu aku 2.kira sape yang tengok time 2 memang bertuahlah, bukan senang nak tengok ikan patin sungai 3KG naik..haha..lepas kejadian tu tetiba dapat minat yang asalnya aku rase memang buang masa. Pancing kat pasar lagi senang nak dapat ikan..hehe. Tapi bila lalui sendiri baru dapat rase bagaimana perasaan jadi seorang kaki pancing.

BEGINNER, AMATEUR, PROFESSIONAL 

Kalau nak bagi taraf aku rase layak pegang beginner kot. Nak cakap hebat nanti orang cakap riak plak..haha. jadi lebih baik aku pegang yang bawah sekali. kalau nak diikutkan, peralatan yang digunakan tiga jenis taraf ini juga berbeza. Mungkin dari segi basic sama tapi jenis barang yang dapat membezakan antara taraf ini. Tetapi mereka semua ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mendapat ikan..hehe

KAWASAN UNTUK MEMANCING

Terdapat pelbagai tempat yang kaki pancing dapat berkunjung untuk merasai tarikan ikan2. Antaranya di tepi sungai, kuala, tasik, laut, kolam, lombong dan macam2 lagi. Bagi aku tmpt yang aku pernah pergi di sungai, kolam dan tasik. Lombong, kuala dan laut tidak berkesempatan lagi. Mungkin lepas raya cina ini aku dan rakan seperjuangan akan pergi ke Kuala Perlis untuk "berjumpa" dengan ikan siakap..hehe

KATA-KATA AKHIR

Apa yang dimaksudkan disini bukanlah cerita aku ini sampai disini sahaja. Tetapi cukuplah untuk hari ini. ini hanyalah sekadar pegenalan dari aku. Aku juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku ini.  Anda juga boleh menjadi followers aku dengan klik "FOLLOW". Aku juga mengalu-alukan komen dari anda atau hendak berkongsi cerita..silakan..^.^..


No comments:

Post a Comment