SELAMAT DATANG KE LAMAN MEMANCING NEIJI

Tuesday, March 15, 2011

Hasil Pancingan Kami : Lampam

 LOKASI : TASIK GUTHERIE, SINTOK
MASA : 10.00 PM - 2.30 AM
TARGET : IKAN LAMPAM
UMPAN DIGUNAKAN : DEDAK
HARI : KHAMIS MALAM JUMAAT

  
Ini ikan pertama yang dapat.  

 ne sifu liah pokya

 amacam besar x?hehe

ha ne ar ikan lampam!!

sebenarnya banyak lagi ikan ini tapi yang ne je gambar yang sempat tangkap. kira malam 2 memang pueh ati ar den..hehehe. Sape nak join kita plan ok..^^

Monday, March 14, 2011

Tiga waktu terbaik untuk memancing ikan

berdasarkan pengalaman yang tidak berapa banyak ne aku dapat hasil yang mengatakan terdapat tiga waktu yang ikan keluar mencari makanan.jadi masa inilah kaki pancing perlu mencari peluang untuk menarik perhatian ikan-ikan ini. antara waktu yang ikan selalu makan ialah :

1 ) pada waktu pagi  antara pukul 6 pagi - pukul 9. sebab itu kita biasa dengar jangan tidor lepas subuh nanti rezeki xmasuk. ha sebab ini ar kita pagi2 kne kluar rumah untuk cari rezeki yang halal seperti memancing..hehehe

2 ) pada waktu petang antara pukul 5- 7 mlm. pada waktu ini memang ikan keluar dan mungkin anda akan dapat hasil yang memberangsangkan tambah dengan umpan yang sesuai. tapi kita sebagai umat islam jangan leka masa itu kerana ingatlah solat dulu. ibadat dulu yang pertama baru buat mende lain.

3) pada pukul 12 tgh mlm dan ke atas. waktu ne ikan akan aktif untuk mencari makanan. seperti pengalaman yang lepas aku dapat macam2 ikan seperti keli, baung, lampam dan sebagainya. 

antara 3 waktu ne aku paling suka waktu tengah malam. tambah dengan sunyi dan amat sesuai sekali untuk menarik perhatian ikan. tapi bagi siapa yang baca post ini kalau nak share pon boleh. bertambah jugak ilmu aku kn. tak salah nak share dengan orang yang minat mancing kan. ok,rase setakat itu lah..selamat mencuba

Joran yang bersaiz sederhana sesuai atas jambatan

1. Apabila kita memancing dari kedudukan tinggi, jarak lontaran bukan ukuran sebenar. Di kawasan jambatan ikan lebih banyak meronda di kawasan tiang jambatan dan jarang berada di kawasan terbuka. Ini termasuk anak ikan bilis, beliak mata dan tamban yang turut menjadikan tiang jambatan sebagai tempat berlindung.

Sebab itu pemancing hanya perlu hulurkan pancing ke bawah jambatan di mana potensi sentapan adalah tinggi. Sekiranya kedudukan jambatan adalah tinggi, pemancing perlu kekili dan joran yang kuat untuk mengangkat ikan keluar dari air seterusnya hingga ke pemancing.

Kekili jenis multiplier adalah lebih elok kerana tali terus berada di dalam gelendung. Bagaimanapun ia bukalah satu kemestian. Kekili jenis terbuka dengan muatan tali lebih berukur lilit 0.4 milimeter dari 100 meter kira sudah layak. Pemancing perlu gunakan kekili yang ada kekuatan untuk mengkarau tali ketika beban tergantung di bawah jambatan.

Jika kekili tidak mampu mengkarau, naik tali ke atas dengan teknik manual, karau dengan tangan. Gunakan joran aksi menegah atau sederhana berat bagi membantu pemancing menaikkan ikan ke atas. Panjang joran antara 6 kaki hingga 8 kaki. Joran terlalu pendek ( 5.5 kaki ke bawah) kurang sesuai kerana pemancing akan menghadapi sedikit masalah untuk mengangkat ikan ke atas.

Tali utama pula elok guna 40 paun ke atas dengan perambut 50 paun. Perambut terlalu kecil saiznya memudahkan ikan terlepas ketika ia menggelupur semasa dinaikkan ke atas.

Banyak kes perambut halus putus apabila ikan menggelupur secara berterusan semasa proses menaikkan ikan di antara permukaan air hingga ke atas jambatan. Kecuali jika pemancing turut membawa jaring yang panjang untuk digunakan sebagai penyauk ikan. Kalau berhajat memancing di kawasan tiang jambatan yang banyak teritip kawasan sememangnya banyak ikan, menggunakan tali tangsi lebih baik berbanding tali sulam.

Kalau di luar kawasan tiang dan jauh dari tempat menyangkut (reba) tali sulam boleh di gunakan. Pemancing juga dinasihatkan agar menyediakan set pancing ringan untuk memancing anak ikan sebagai umpan. Gunakan mata apollo bersaiz nombor 5 atau nombor 6 bertujuan memikat anak ikan dan kalau boleh cangkut pada mata kail semasa ia masih hidup lagi. Satu lagi tips ikan biasanya lebih cenderung menerkam makanan yang berada di kawasan rangkaian makanannya.


 kat sini pon korang boleh try.



 tempat ne kalau bukan sabarau, kaloi  ngan kelah pon boleh dapat. masyukk 2..





 aku xpernah lagi nampak org duk ats jambatan 2 sambil baling joran. apa kata sahut cabaran aku ne..haha..port pon baik je.


Friday, March 11, 2011

Tip Pancing Lampam

Baru2 ne aku dan kawan2 pergi pancing ikan lampam dekat tasik gutherie berdekatan dengan hostel ku. Kat sini nak terangkan ar serba sedikait tentang lampam. Lampam sungai mendiami bahagian pertengahan dan dasar sungai. Oleh itu, teknik pancing dasar adalah teknik yang popular digunakan. Perambut sepanjang 6 hingga 12 inci yang berketahanan 6 paun sudah mencukupi. Mata kail Mustad berlengkok bulat bersaiz 4 hingga 6 atau mata kail udang bersaiz 9 hingga 11 boleh digunakan. Batu ladung hidup adalah amat sesuai. Bagi sungai yang terdapat rumpai atau sampah, batu ladung perlu berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan. .

Menggunakan pelampung juga merupakan teknik yang popular. la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya. Panjang perambut daripada pelarnpung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air.
Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki.
.

Lampam sungai meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail. Bagaimanapun, kita perlu menyentap supaya sangkutan lebih teguh. Oleh kerana saiznya yang kecil, tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik.