SELAMAT DATANG KE LAMAN MEMANCING NEIJI

Thursday, November 24, 2011

Toman makan manusia??

Mengikut Wikipedia Ikan Toman Bunga atau juga dikenali sebagai ikan Jelai, Jaloi, Kuang, Kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Channa marulloides. Ikan Toman Bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular.ye ke? ak rase macam ikan haruan ar. Ikan Toman Bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah. lagi satu maklumat ikan nie suke duk kat port2 lombong terbiar. sama seperti ikan Haruan Palas, dan ikan Bujuk. makanan utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing. tidak lupa juga, makanan yang die suke makan ialah ikan hidup. iaitu IKAN KELI.

Di area tempat aku ada satu lombong yang terbiar. ikan toman memang komfom ar adakan, nak dijadikan cerita masa member aku pegi mengail kat c2 die ternampak ikan toman sebesar dak kecik umur 4 tahun. die melompat dari air, mayb meyambar anak ikan kat area c2 kot. masa tu xboleh nak cakap ap ar. memang tergamam, sebab mende ne just dengar dari orang je, (korang memang xcayekn) betul. Ne bukan cobaan tp betul2. tapi bila tgk dengan mata kepala sendiri memang satu peluang ar. 

korang pernah dengar x yang ikan ne pernah memakan orang? korang tahu x tali yang digunakan untuk mengail ini ialah tali kabel. tali dawai besi. sebenarnya gigi ikan ini sangat tajam. hah, tgk ne 

amacam?ada berani ker letak jari kat c2?haha..kalau rase nak test tgk insuran hidup ke x try ar. ikan pling pantang bila nampak ada mende bergerak di permukaan air. jadi berjaga-jaga ar erk.
bagi aku ikan ini adalah yang tercantik kerana pada badannya terdapat corak yang begitu unik sekali. tapi kerana ikan ini tidak dibuat perhiasan erk?erm,kene pikir 2.
 bagi kaki pemancing, ikan toman ini adalah idaman setiap pemancing kerana tarikannya membuatkan orang berpuas hati dan teruja. kadang-kadang boleh patah joran dibuatnya jika pemilihan batang joran yang tidak sesuai. 
akhir dari aku, kalau ada "port" baik untuk ikan ini calling2 ar..hehehe
( abg pinjam gambar ssat noh ^.^)



kenapa lama X update?

as salam,
mesti pelik kenapa blog aku ne x b'updatekn? sebelum ne aku terlalu sibuk dengan kerja yang bertimbun2
mesti kene siapkan. sampai mase untuk layan hobi aku ne pon dah semakin berkurang. alamak gian ye ar nk g mancing T_T . Nak lepaskan gian dpat men game fishing pon jadilah hik2.Nnt aku akn update aktiviti aku dalam blog ne. Pape pon jutaan terima kasih lah kepada semua yang telah berkunjung ke blog aku ini. hope
korang dapat maklumat yang berguna untuk diri korang sendiri.

Nnt aku akn updatekan blog ak ini untuk tatapan korang (ayat skima giler)

majulah blog untuk negara..yeahhh

Friday, May 13, 2011

ini video paling suka ak tengok. xcaye tengoklah baru puas hati.
ini pasal mancing ikan toman



Friday, May 6, 2011

Pengalaman di Kelantan ( ^ . ^ )


Ini adalah hasil pancingan kami di sungai Kelantan yang hanya berumpankan cacing sahaja



eh..tunggulah masak dulu. jangan nk makan mentah2 plak..hehehe



ini namanya burung daun.cantik x?


yang ne aku tak tahulah name die ap.korang th x?


jika bertandang ke kelantan rugi rasenya jika tidak pergi ke Rantau Panjang



Ini adalah suasana berada di Rantau Panjang. Cemas lagi kami mahu ke Golok..kih3


Liah mu pandang kemana 2..?usha awek ker?hahaha

Tuesday, March 15, 2011

Hasil Pancingan Kami : Lampam

 LOKASI : TASIK GUTHERIE, SINTOK
MASA : 10.00 PM - 2.30 AM
TARGET : IKAN LAMPAM
UMPAN DIGUNAKAN : DEDAK
HARI : KHAMIS MALAM JUMAAT

  
Ini ikan pertama yang dapat.  

 ne sifu liah pokya

 amacam besar x?hehe

ha ne ar ikan lampam!!

sebenarnya banyak lagi ikan ini tapi yang ne je gambar yang sempat tangkap. kira malam 2 memang pueh ati ar den..hehehe. Sape nak join kita plan ok..^^

Monday, March 14, 2011

Tiga waktu terbaik untuk memancing ikan

berdasarkan pengalaman yang tidak berapa banyak ne aku dapat hasil yang mengatakan terdapat tiga waktu yang ikan keluar mencari makanan.jadi masa inilah kaki pancing perlu mencari peluang untuk menarik perhatian ikan-ikan ini. antara waktu yang ikan selalu makan ialah :

1 ) pada waktu pagi  antara pukul 6 pagi - pukul 9. sebab itu kita biasa dengar jangan tidor lepas subuh nanti rezeki xmasuk. ha sebab ini ar kita pagi2 kne kluar rumah untuk cari rezeki yang halal seperti memancing..hehehe

2 ) pada waktu petang antara pukul 5- 7 mlm. pada waktu ini memang ikan keluar dan mungkin anda akan dapat hasil yang memberangsangkan tambah dengan umpan yang sesuai. tapi kita sebagai umat islam jangan leka masa itu kerana ingatlah solat dulu. ibadat dulu yang pertama baru buat mende lain.

3) pada pukul 12 tgh mlm dan ke atas. waktu ne ikan akan aktif untuk mencari makanan. seperti pengalaman yang lepas aku dapat macam2 ikan seperti keli, baung, lampam dan sebagainya. 

antara 3 waktu ne aku paling suka waktu tengah malam. tambah dengan sunyi dan amat sesuai sekali untuk menarik perhatian ikan. tapi bagi siapa yang baca post ini kalau nak share pon boleh. bertambah jugak ilmu aku kn. tak salah nak share dengan orang yang minat mancing kan. ok,rase setakat itu lah..selamat mencuba

Joran yang bersaiz sederhana sesuai atas jambatan

1. Apabila kita memancing dari kedudukan tinggi, jarak lontaran bukan ukuran sebenar. Di kawasan jambatan ikan lebih banyak meronda di kawasan tiang jambatan dan jarang berada di kawasan terbuka. Ini termasuk anak ikan bilis, beliak mata dan tamban yang turut menjadikan tiang jambatan sebagai tempat berlindung.

Sebab itu pemancing hanya perlu hulurkan pancing ke bawah jambatan di mana potensi sentapan adalah tinggi. Sekiranya kedudukan jambatan adalah tinggi, pemancing perlu kekili dan joran yang kuat untuk mengangkat ikan keluar dari air seterusnya hingga ke pemancing.

Kekili jenis multiplier adalah lebih elok kerana tali terus berada di dalam gelendung. Bagaimanapun ia bukalah satu kemestian. Kekili jenis terbuka dengan muatan tali lebih berukur lilit 0.4 milimeter dari 100 meter kira sudah layak. Pemancing perlu gunakan kekili yang ada kekuatan untuk mengkarau tali ketika beban tergantung di bawah jambatan.

Jika kekili tidak mampu mengkarau, naik tali ke atas dengan teknik manual, karau dengan tangan. Gunakan joran aksi menegah atau sederhana berat bagi membantu pemancing menaikkan ikan ke atas. Panjang joran antara 6 kaki hingga 8 kaki. Joran terlalu pendek ( 5.5 kaki ke bawah) kurang sesuai kerana pemancing akan menghadapi sedikit masalah untuk mengangkat ikan ke atas.

Tali utama pula elok guna 40 paun ke atas dengan perambut 50 paun. Perambut terlalu kecil saiznya memudahkan ikan terlepas ketika ia menggelupur semasa dinaikkan ke atas.

Banyak kes perambut halus putus apabila ikan menggelupur secara berterusan semasa proses menaikkan ikan di antara permukaan air hingga ke atas jambatan. Kecuali jika pemancing turut membawa jaring yang panjang untuk digunakan sebagai penyauk ikan. Kalau berhajat memancing di kawasan tiang jambatan yang banyak teritip kawasan sememangnya banyak ikan, menggunakan tali tangsi lebih baik berbanding tali sulam.

Kalau di luar kawasan tiang dan jauh dari tempat menyangkut (reba) tali sulam boleh di gunakan. Pemancing juga dinasihatkan agar menyediakan set pancing ringan untuk memancing anak ikan sebagai umpan. Gunakan mata apollo bersaiz nombor 5 atau nombor 6 bertujuan memikat anak ikan dan kalau boleh cangkut pada mata kail semasa ia masih hidup lagi. Satu lagi tips ikan biasanya lebih cenderung menerkam makanan yang berada di kawasan rangkaian makanannya.


 kat sini pon korang boleh try.



 tempat ne kalau bukan sabarau, kaloi  ngan kelah pon boleh dapat. masyukk 2..





 aku xpernah lagi nampak org duk ats jambatan 2 sambil baling joran. apa kata sahut cabaran aku ne..haha..port pon baik je.


Friday, March 11, 2011

Tip Pancing Lampam

Baru2 ne aku dan kawan2 pergi pancing ikan lampam dekat tasik gutherie berdekatan dengan hostel ku. Kat sini nak terangkan ar serba sedikait tentang lampam. Lampam sungai mendiami bahagian pertengahan dan dasar sungai. Oleh itu, teknik pancing dasar adalah teknik yang popular digunakan. Perambut sepanjang 6 hingga 12 inci yang berketahanan 6 paun sudah mencukupi. Mata kail Mustad berlengkok bulat bersaiz 4 hingga 6 atau mata kail udang bersaiz 9 hingga 11 boleh digunakan. Batu ladung hidup adalah amat sesuai. Bagi sungai yang terdapat rumpai atau sampah, batu ladung perlu berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan. .

Menggunakan pelampung juga merupakan teknik yang popular. la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya. Panjang perambut daripada pelarnpung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air.
Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki.
.

Lampam sungai meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail. Bagaimanapun, kita perlu menyentap supaya sangkutan lebih teguh. Oleh kerana saiznya yang kecil, tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik. 

Sunday, February 13, 2011

Perjalanan Mencari Baung dan Sebarau

Masa cuti raye cina baru-baru ini aku telah pulang ke kampung halaman tanah tumpah darahku..haha. semasa perjalanan balik aku dah pikir macam-macam nk buat apa masa cuti nanti. Antaranya untuk mencari baung. korang kenal x ikan baung. kalau xkenal jap lg korang tengok ar gambar yang ak letak ne. setelah ditunggu-tunggu sampai lah masa untuk memburu Baung. Dalam perjalanan nak pergi ke Lubuk Baung bukan mudah sape yang xtahan dengan pacat jangan haraplah nak pergi. Tambah dengan lumpurnya sampai moto aku pon jem tgh jalan sebab lekat tanah. Orang cakap kalau nak mencari baung ne kenelah tempat yang jarang orang pergi. aku pergi dengan lima orang rakan seperjuanganku..hehe..Dengan berbekalkan umpan anak ikan yang di beli  kedai pusat akuarium dan peralatan memancing di Temerloh. boleh tahan juga harge ya. tapi semangat punya pasal harga letak tepi.haha..ini adalah perjalanan yang membuahkan hasil tengok ar..sape berminat nanti boleh plan pergi lagi.

Peralatan Memancing kami
 


inilah keadaan sebelum pergi ke lubuk baung


motor aku jem tanah lekat


salah satu port sebarau

motor kat depan tu tenggelam dalam lumpur


inilah Baung yang aku cakapkan


port baikkn?


menunggu masa sentapan ikan..hehe


kotor memang xingatlah

Tuesday, February 1, 2011

Timah Tasoh, Perlis

Ini adalah permandangan di Timah Tasoh


keadaan yang sangat luas


rakan seperjuangan..hehe


nak cari ilham pon boleh


sangat sukar untuk mencari lubuk ikan dengan berbekalkan 3 btg pancing shj.


hasil tangkapan kami iaitu ikan ubi

Celoteh Serba Sedikit

INTRO

Sebelum baca blog ne serba sedikit tentang diri aku. Aku asal dari Pahang dan lahir pun kat 
negeri yang ade logo lambang gading gajah tu. Kenapa aku buat blog ne? sebenarnya banyak mende nak share dengan orang yang sekepala dengan aku..iaitu MEMANCING!!!..hehehe...sape kaki pancing??
Orang yang x mengerti jiwa memancing ne susah nak cite. Tapi mungkin lepas baca serba sedikit tentang blog 
ne mungkin anda mungkin ade minat yang nk mencuba aktiviti yang dapat melepaskan tension dalam 
kehidupan seharian.

APA ITU MEMANCING?

Yang dimaksud dengan “mancing” adalah perbuatan menangkap atau cuba menangkap ikan dengan mengunakan peralatan utama berupa joran (rod), penggulung (reel) dan kail (hook) seperti yang telah diatur 
yang kita dapat lihat pada hari ini. Maksud lebih mudah ialah menangkap ikan dengan segala kemahiran tanpa perlu turun ke air. Kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan ini menggunakan "mata kail".

KENAPA ADANYA NAMA "MEMANCING" INI?


Mungkin istilah ini selalu didengari tapi ada apa dengan pancing ini..macam nama lagu je..hehe
Sebenarnya banyak faedah yang dapat daripada aktiviti memancing ini. Seperti contoh jika dapat sekor ikan tu memang seronoklah..tambah2 plak dapat yang beso..memang men tarik tali ngan ikan ini bertambah seronoklah dibuat ye,bak cakap orang Pahang "ralek ngat". 

MACAM MANA AKU BOLEH TERJEBAK?

Ha,yang ne memang susah nak cerita sebab minat ini bukan sejak dari kecik tapi mase aku darjah 5. Camna boleh timbul minat ini? Pada mulanya aku ikutlah sepupu aku tu memancing  di Sungai Semantan, dalam duduk berborak dengan die tetiba joran die kena sentap dengan ikan, daripada aku tengok rase memang dapat ikan besar ne. Memang gelabah masa 2. Agak lama juga sepupu aku 2 bertarung dengan ikan tu. Last2 ikan 2 terpaksa akur dengan kehebatan sepupu aku 2.kira sape yang tengok time 2 memang bertuahlah, bukan senang nak tengok ikan patin sungai 3KG naik..haha..lepas kejadian tu tetiba dapat minat yang asalnya aku rase memang buang masa. Pancing kat pasar lagi senang nak dapat ikan..hehe. Tapi bila lalui sendiri baru dapat rase bagaimana perasaan jadi seorang kaki pancing.

BEGINNER, AMATEUR, PROFESSIONAL 

Kalau nak bagi taraf aku rase layak pegang beginner kot. Nak cakap hebat nanti orang cakap riak plak..haha. jadi lebih baik aku pegang yang bawah sekali. kalau nak diikutkan, peralatan yang digunakan tiga jenis taraf ini juga berbeza. Mungkin dari segi basic sama tapi jenis barang yang dapat membezakan antara taraf ini. Tetapi mereka semua ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mendapat ikan..hehe

KAWASAN UNTUK MEMANCING

Terdapat pelbagai tempat yang kaki pancing dapat berkunjung untuk merasai tarikan ikan2. Antaranya di tepi sungai, kuala, tasik, laut, kolam, lombong dan macam2 lagi. Bagi aku tmpt yang aku pernah pergi di sungai, kolam dan tasik. Lombong, kuala dan laut tidak berkesempatan lagi. Mungkin lepas raya cina ini aku dan rakan seperjuangan akan pergi ke Kuala Perlis untuk "berjumpa" dengan ikan siakap..hehe

KATA-KATA AKHIR

Apa yang dimaksudkan disini bukanlah cerita aku ini sampai disini sahaja. Tetapi cukuplah untuk hari ini. ini hanyalah sekadar pegenalan dari aku. Aku juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku ini.  Anda juga boleh menjadi followers aku dengan klik "FOLLOW". Aku juga mengalu-alukan komen dari anda atau hendak berkongsi cerita..silakan..^.^..