SELAMAT DATANG KE LAMAN MEMANCING NEIJI

Sunday, February 13, 2011

Perjalanan Mencari Baung dan Sebarau

Masa cuti raye cina baru-baru ini aku telah pulang ke kampung halaman tanah tumpah darahku..haha. semasa perjalanan balik aku dah pikir macam-macam nk buat apa masa cuti nanti. Antaranya untuk mencari baung. korang kenal x ikan baung. kalau xkenal jap lg korang tengok ar gambar yang ak letak ne. setelah ditunggu-tunggu sampai lah masa untuk memburu Baung. Dalam perjalanan nak pergi ke Lubuk Baung bukan mudah sape yang xtahan dengan pacat jangan haraplah nak pergi. Tambah dengan lumpurnya sampai moto aku pon jem tgh jalan sebab lekat tanah. Orang cakap kalau nak mencari baung ne kenelah tempat yang jarang orang pergi. aku pergi dengan lima orang rakan seperjuanganku..hehe..Dengan berbekalkan umpan anak ikan yang di beli  kedai pusat akuarium dan peralatan memancing di Temerloh. boleh tahan juga harge ya. tapi semangat punya pasal harga letak tepi.haha..ini adalah perjalanan yang membuahkan hasil tengok ar..sape berminat nanti boleh plan pergi lagi.

Peralatan Memancing kami
 


inilah keadaan sebelum pergi ke lubuk baung


motor aku jem tanah lekat


salah satu port sebarau

motor kat depan tu tenggelam dalam lumpur


inilah Baung yang aku cakapkan


port baikkn?


menunggu masa sentapan ikan..hehe


kotor memang xingatlah

1 comment: