berdasarkan pengalaman yang tidak berapa banyak ne aku dapat hasil yang mengatakan terdapat tiga waktu yang ikan keluar mencari makanan.jadi masa inilah kaki pancing perlu mencari peluang untuk menarik perhatian ikan-ikan ini. antara waktu yang ikan selalu makan ialah :
1 ) pada waktu pagi antara pukul 6 pagi - pukul 9. sebab itu kita biasa dengar jangan tidor lepas subuh nanti rezeki xmasuk. ha sebab ini ar kita pagi2 kne kluar rumah untuk cari rezeki yang halal seperti memancing..hehehe
2 ) pada waktu petang antara pukul 5- 7 mlm. pada waktu ini memang ikan keluar dan mungkin anda akan dapat hasil yang memberangsangkan tambah dengan umpan yang sesuai. tapi kita sebagai umat islam jangan leka masa itu kerana ingatlah solat dulu. ibadat dulu yang pertama baru buat mende lain.
3) pada pukul 12 tgh mlm dan ke atas. waktu ne ikan akan aktif untuk mencari makanan. seperti pengalaman yang lepas aku dapat macam2 ikan seperti keli, baung, lampam dan sebagainya.
antara 3 waktu ne aku paling suka waktu tengah malam. tambah dengan sunyi dan amat sesuai sekali untuk menarik perhatian ikan. tapi bagi siapa yang baca post ini kalau nak share pon boleh. bertambah jugak ilmu aku kn. tak salah nak share dengan orang yang minat mancing kan. ok,rase setakat itu lah..selamat mencuba
No comments:
Post a Comment