SELAMAT DATANG KE LAMAN MEMANCING NEIJI

Monday, March 14, 2011

Joran yang bersaiz sederhana sesuai atas jambatan

1. Apabila kita memancing dari kedudukan tinggi, jarak lontaran bukan ukuran sebenar. Di kawasan jambatan ikan lebih banyak meronda di kawasan tiang jambatan dan jarang berada di kawasan terbuka. Ini termasuk anak ikan bilis, beliak mata dan tamban yang turut menjadikan tiang jambatan sebagai tempat berlindung.

Sebab itu pemancing hanya perlu hulurkan pancing ke bawah jambatan di mana potensi sentapan adalah tinggi. Sekiranya kedudukan jambatan adalah tinggi, pemancing perlu kekili dan joran yang kuat untuk mengangkat ikan keluar dari air seterusnya hingga ke pemancing.

Kekili jenis multiplier adalah lebih elok kerana tali terus berada di dalam gelendung. Bagaimanapun ia bukalah satu kemestian. Kekili jenis terbuka dengan muatan tali lebih berukur lilit 0.4 milimeter dari 100 meter kira sudah layak. Pemancing perlu gunakan kekili yang ada kekuatan untuk mengkarau tali ketika beban tergantung di bawah jambatan.

Jika kekili tidak mampu mengkarau, naik tali ke atas dengan teknik manual, karau dengan tangan. Gunakan joran aksi menegah atau sederhana berat bagi membantu pemancing menaikkan ikan ke atas. Panjang joran antara 6 kaki hingga 8 kaki. Joran terlalu pendek ( 5.5 kaki ke bawah) kurang sesuai kerana pemancing akan menghadapi sedikit masalah untuk mengangkat ikan ke atas.

Tali utama pula elok guna 40 paun ke atas dengan perambut 50 paun. Perambut terlalu kecil saiznya memudahkan ikan terlepas ketika ia menggelupur semasa dinaikkan ke atas.

Banyak kes perambut halus putus apabila ikan menggelupur secara berterusan semasa proses menaikkan ikan di antara permukaan air hingga ke atas jambatan. Kecuali jika pemancing turut membawa jaring yang panjang untuk digunakan sebagai penyauk ikan. Kalau berhajat memancing di kawasan tiang jambatan yang banyak teritip kawasan sememangnya banyak ikan, menggunakan tali tangsi lebih baik berbanding tali sulam.

Kalau di luar kawasan tiang dan jauh dari tempat menyangkut (reba) tali sulam boleh di gunakan. Pemancing juga dinasihatkan agar menyediakan set pancing ringan untuk memancing anak ikan sebagai umpan. Gunakan mata apollo bersaiz nombor 5 atau nombor 6 bertujuan memikat anak ikan dan kalau boleh cangkut pada mata kail semasa ia masih hidup lagi. Satu lagi tips ikan biasanya lebih cenderung menerkam makanan yang berada di kawasan rangkaian makanannya.


 kat sini pon korang boleh try.



 tempat ne kalau bukan sabarau, kaloi  ngan kelah pon boleh dapat. masyukk 2..





 aku xpernah lagi nampak org duk ats jambatan 2 sambil baling joran. apa kata sahut cabaran aku ne..haha..port pon baik je.


No comments:

Post a Comment